perhatian: Tinggalakan komen sebelum pergi ye.

Muslimah dan Gambar

Perhatian: Artikel ini dicopy paste dari sumber tertentu. Moga mesej penting yang disampaikan memberi seribu manfaat pada kita semua. Insyaallah.

Salam.

Muqaddimah

Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing. Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!


Muslimah & Gambar : Ada apa dengannya?

Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum?

Muslimahku,
Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari. Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.” Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup.

Muslimahku,
Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.

Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet!

Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!

Penyelesaiannya

Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah?

Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu. Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.

Ingat, wajah anda, anugerah Allah. Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja.

Aku Rindukan Yang Dulu

Aku boleh dikatakan sebagai peminat setia nasyid tempatan di suatu ketika dahulu. Kaset2 nasyid yang baba belikan aku kumpul dijadikan koleksi kesayangan. Lagu2 nasyid yang indah dan menginsafkan akan disalin liriknya lalu dikongsi bersama rakan2. Tapi itu dulu kerana nasyid tempatan yang dulu boleh lagi dikategorikan sebagai lagu ketuhanan atau lagu yang mengajak kita mengenal Allah dan Rasul-Nya. Nasyid sekarang? Perhatikan lirik lagu nasyid sekarang.

Duhai kasih cuba kau dengarkan
Isi hati penuh kejujuran
Dengan sepenuh keikhlasan
Ku dambakan pengertian

Jangan kau dengar fitnah dunia
Kerna ianya dusta semata
Menghancurkan kesucian
Jalinan kebahagiaan

Sebenarnya aku merasa
Sinar cahaya yang gemilang
Ketika kau beriku harapan
Dan sering aku harapkan
Cinta berlandas keimanan
Dan kasih suci kitakan diberkati

Ku cuba sedaya
Agar dirahmati perhubungan yang telah terbina oh
Kerna pasti aku
Yang akan merasa pedihnya kehilangan insan sepertimu

'Kasih kuharapkan cinta kita kan terus kekal hingga ke syurga'

Tuhan berikanlah
Ketabahan hatiku untuk membina impian kasihku oh
Bersama mengharapkan
Ketulusan cinta ini hingga terbina mahligai bahgia oh

Tidak mengapa bagi yang sekadar mendengar dan tahu mengambil mesej daripada lagu tersebut. Tapi, bagaimana pula mereka yang hanya 'tahu mendengar' saja? Apa yang mereka khayalkan pada lagu tersebut? Pernikahan? Atau, haa. Ini yang menjadi masalah. Alasannya, nyanyian nasyid seperti ini bakal menarik perhatian remaja supaya bercinta berlandaskan keimanan kononnya. Tapi adakah jelas dengan perkara yang nak disampaikan? Setakat mana mereka faham dengan cinta yang berlandaskan iman? Paling tak, mereka hanya mengkhayalkan kekasih hati dengan lagu tersebut dan itu salah satu cabang zina iaitu zina hati.

Nasyid sekarang juga agak sukar difahami. Pernah suatu ketika, salah satu kumpulan nasyid tempatan ditemu ramah oleh sebuah stesen radio kerana lagu mereka mendapat tempat teratas. Sedap lagunya. Namun, kerana sukar difahami, penyanyi nasyid yang ditemu ramah itu diminta mengulas dan menjelaskan apa mesej lagu tersebut. Malangnya, mereka juga seperti tidak faham dengan lagu tersebut. Dah tu, bagaimana pendengar nak faham lagu tu sedangkan yang menyanyi pon tak faham? Lalu, untuk apa mereka nasyid? Aku bukanlah mempersoalkan keikhlasan seseorang untuk bernasyid, tapi biarlah mereka tahu apa tujuan nasyid. Ianya jalan dakwah, Bukan glamor semata-mata.

Aku berharap sangat supaya nasyid tempatan sekarang kembali kepada pengertian nasyid sebenar. Nasyid yang memberi keinsafan, peringatan, perjuangan dan banyak lagi mesej2 agama yang dapat disampaikan dengan jelas. Kagum aku dengan Raihan. Lagu mereka amat menyentuh kalbu. Imej mereka yang tidak melampau dan sangat bersederhana. adakah ini yang menyebabkan mereka bertahan lama sampai dan boleh sampai ke luar negara? Sebenarnya ramai lagi kumpulan yang aku kagumi suatu ketika dahulu. Kumpulan nasyid sekarang? entah laa. Sebab itu aku rindukan yang dulu.

Pilihanraya Presiden Republik Islam Iran baru2 ni telahpon selesai dengan kemenangan berpihak kepada Ahmadinejad. Reaksi pertama aku apabila mendengar berita tersebut sangatlah gembira kerana pada sangkaanku, dialah pemimpin harapan Umat islam sedunia. Keberaniannya mengkritik yahudi dan sekutu sangat aku kagumi. Setakat ini, aku masih lagi tercari-cari pemimpin yg bersuara lantang sebegini. Pemimpin yang sanggup menjalankan pemerintahan islam dan hukum hudud tanpa gentar.

Namun, aku agak sedikit kecewa dengan kenyataan benar seorang sahabat di iluvislam.com. Ternyata ahmadinejad adalah seorang pemimpin syi'ah. Aku juga baru tahu bahawa Islam di Iran terdapatnya sebahagian besar pengikut syi'ah. Majoriti syi'ah ni juga menyebabkan minoriti ahli2 sunni ditindas sehabis mungkin. Masjid2 sunni dirobohkan oleh puak syi'ah, pendirian masjid sunni malah azan kaum sunni pon dilarang. Pemimpin sunni seperti Ahmed Mufti Zadeh dan Sheikh Ali Dharwy dipenjara dan dibunuh. Kaum Taliban di afghanistan berfahaman sunni juga diperangi Iran dibantu US.

Syi'ah juga banyak mengkafirkan dan menghina Khulafa' Rashidin serta banyak mencaci dan mencela Mua'wiyah ibnu Sufyan R.A kecuali Sayidina Ali ibn Abi Talib R.A. Mahmoud Ahmadinejad juga dikatakan pernah menghina Aisyah R.A dan Abu Bakar As-Siddiq sebelum pilihanraya.

Kesalahan2 akidah juga terlalu banyak antaranya ialah:

- mendakwa khalifah diwasiatkan secara nas
- imam adalah maksum
- Ilmu Allah berubah2 mengikut sesuatu perkara yg berlaku
- kemunculan semula Imam Mahdi dan orang yg telah mati untuk memberi keadilan
- berpura2 (al-taqiyyah)
- Konsep al-Mahdiah iaitu Kepercayaan kepada Muhammad bin Hassan al-Askari sebagai Imam Mahdi al-Muntazar.
- penyanjungan melampau terhadap saidina Ali
- mengkafirkan sahabat2 Rasulullah
- Menuduh Abu Bakar, Umar, Uthman dan Muawiyah sebagai Empat Berhala Quraisy Serta Pengikut-pengikut Mereka Adalah Musuh Allah
- Hanya Ali dan Para Imam sahaja yang Menghafal dan Menghimpun AI-Quran Dengan Sempurna.
- menghalalkan nikah mut'ah
- menambah syahadah
- Menolak Hadith Yang Diriwayatkan Oleh Ahlu Sunnah Wal Jamaah Sekalipun Hadith Mutawatir.

Mereka dikatakan menaruh kebencian terhadap golongan sunni sama seperti Israel membenci Islam. Astaghfirullah. Sangat kejam. Tiada habis ceritanya kalau cakap pasal syi'ah. Rosak teruk umat Islam. Dan untuk pengetahuan semua, rupanya syi'ah ni diasaskan oleh yahudi mengikut penjelasan pada kitab2 syi'ah mereka sendiri. Tanpa disedari, ajaran ni terus tersebar mengikut arus. Membunuh islam dari dalam.

Selepas penjelasan yg jelas lagi terang, hati aku serba-sedikit menentang juga Mahmoud Ahmadinejad. Bagi aku, walaupun menjalankan pemerintahan islam dan hukum hudud dengan akidah yg salah tiada gunanya juga. Tapi aku tetap lagi menghormati Ahmadinejad atas asbab kebolehan dan keberanian yang ada padanya.

Tak Tau Kenapa

Mitok mahap la semua...
Blog ni akan nampak pelik sebab entri2 seblom ni dipadam..
Sebab apa padam? doh, blake2 malas baca..
Aku padam ah...
Adus..bukan la..ni disebabkan masalah2 teknikal la nie..
Dop paham jugop bakpe..
Nanti la aku invistigate..
okeh..
Harap jangan tinggalkan blog nie ye..
salam..

Template Design by SkinCorner from Jack Book