perhatian: Tinggalakan komen sebelum pergi ye.

Salahkah Berdemonstrasi ?

Salam, seperti yang dijanjikan, aku nak bawa berita tentang pemansuhan ISA baru2 ni yang rasanya belum terlambat lagi kalau nak dibincangkan walaupon perkara ni macam dah expire date.

Apa yang aku tahu, ISA(internal Security Act) atau Akta Keselamatan Dalam Negara ni sebenarnya digunakan untuk menghapuskan pengganas komunis atau sesiapa yang membahayakan negara pada satu ketika dahulu. Eh, malas pulak daku nak menceritakannya dengan lebih lanjut. Maka, sila la ke sini kalau nak tahu lebih detail.

Melihat kepada bagaimana ISA ni dijalankan, sepertinya tidak berperikemanusiaan dimana tahanannya diseksa teruk walaupon kesalahannya belum disahkan kebenarannya. Penahanan juga boleh dilakukan tanpa alasan yang kukuh dan boleh dibebaskan tanpa syarat. Jadi, apa lagi alasan anda untuk membiarkan kewujudan ISA ni? Untuk keselamatan negara? Adakah yang ditahan itu betul2 membahayakan negara?

Cuba bayangkan jika anda berada di tempat mereka yang ditahan. Setidak-tidak pun, bayangkan mereka yang menjadi mangsa ISA. Manusia2 yang tidak bersalah ni mengharapkan simpati anda.



Puan Siti Hajar, seorang surirumah sepenuh masa mempunyai 5 orang anak berusia antara 2 hingga 10 tahun. Suami beliau , Artas baharudin ditahan dibawah ISA pada tahun 2006 hingga kini. Pada bulan Jun 2008, penahanan keatas suaminya cukup dua tahun tetapi telah dilanjutkan dua tahun berikutnya oleh Menteri Dalam Negeri. Puan Siti juga meneruskan kehidupan dengan ihsan keluarga serta jiran-jiran.


Puan Hapipah Manji, isteri pada tahanan ISA Abd Razak Hamid, menetap di kampung Tinosa, Sandakan. Suami beliau telah ditahan sejak bulan Mac 2003 hingga kini. Pasangan ini mempunyai tiga orang anak berumur antara 7 hingga 11 tahun.Puan Hapipah yang menderita sakit jantung tidak mampu untuk pergi bekerja. Beliau mengharapkan bantuan adik-beradik dan kawan-kawan unuk meneruskan kehidupannya.

Bagaimana ya nak membela mereka? Adakah sekadar berdoa sahaja supaya mereka dibebaskan tanpa usaha? Sememangnya doa perlu seiring dengan usaha. 1 Ogos membuktikan segalanya. Masih ada yang mahu membela mereka. Masih ada yang belas kasihan dengan mereka. Demonstrasi Pemansuhan ISA lah yang akan membuktikan bahawa mereka tidak keseorangan. Masih ramai lagi yang menyokong mereka dari belakang. Lalu, apakah ini satu kesalahan? Demonstrasi menentang kezaliman, adakah satu kesalahan?

Aku petik satu statement seorang sahabat di iluvislam.com.



Demonstrasi adalah hak rakyat dan salah satu cara untuk menyuarakan rasa tidak puas hati rakyat. Kenapa mesti FRU dan segala SB dikerah untuk menyuraikan demonstrasi ni? Keganasankah yang telah dilakukan? Senjata apa yang dibawa? Besi? Senapang? Bersyukurlah wahai Malaysia kerana demo yang dibuat tidak seganas demo negara2 yang lain. Rakyat Malaysia masih waras melainkan kalau kerajaan sudah terlalu korup. Mereka berdemo secara aman. Sekiranya tiada mandian Cannon Water atau penyemburan gas pemedih mata, aku rasa tak sampai 1 jam pon demo tu diadakan. Tapi, apakan daya. Selagi perkara yang di'demo'kan tu sepertinya menentang kerajaan, penangkapan seperti di bawah akan sentiasa berlaku.





Pening aku. Mereka yang ditangkap seolah-olah telah melakukan kesalahan besar. Haish. Salahkah berdemonstrasi?

2 Comments:

  1. pencinta bahasa said...
    salam taaruf..
    itulah, bila orang takut kehilangan kuasa. itu baru keadaan di negara kita. cuba lihat pula senario di negara2 lain. enti blh baca kat entry terbaru saya..
    Vee Kay said...
    pencinta bahasa:
    wassalam..Mereka kebuntuan cara...provok sana sini la kerjanya..
    by the way, Thanks di ats komen anda. Akan di baca entrynya ye?

Post a Comment



Template Design by SkinCorner from Jack Book